Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat
Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang
cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa
banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya
bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis
dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang
jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk
dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda
bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama
isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa
: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang
disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang
tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah
melakukan hubungan intim sesama pasangan
Kamis, 11 April 2013
::Romantis itu Sunnah RASULULLAH S.A.W::
Posted on 00.18 by AMIR
| No comments
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar